Valentine's Day Arrow Through The Heart

Monday, 6 May 2013

majlis persandingan belah lelaki

ni hasil kerjasama aku dengan sepupu-sepupu aku . haha xD . Pelamin ni hasil buatan sendiri . Designer nya ramai , semua orang kat rumah ni designer . haha . Termasuk aku . Percaya tak ? Akhirnya kami berjaya menyiapkan pelamin ni :) Cantik tak ? Kalau tak cantik tu diam-diam je . haha



nie dekat belah lelaki . Nie waktu perjalanan nak masuk rumah . haha . Ada kompang sekali . Kompang dimainkan oleh sepupu aku and the geng . Budak-budak muda kawasan aku main . haha . Smart tak abang sepupu aku ni ? Dengan ray ban dia tu . haha . Baju pengantin diorang ni aku yang cari kan . hehe . Pusing satu KL cari baju pengantin laki . Baju pengantin perempuan pulak hantar kedai je . hehe .



ni gambar merenjis . Jangan pelik kalau baju pengapit warna lain-lain . haha . Nie pengapit terjun haha . Kalau tak aku yang jadi pengapitnya . Tapi awal-awal aku menolak haha . Then aku suruh kakak tu jadi pengapit . Mula-mula dia tak nak . tapi aku paksa jugak . haha xD Kejam aku nie .


ni waktu makan beradab . Haaa ! belah lelaki semua kitorang buat sendiri . Termasuk meja beradab . Kitorang yang perempuan lah yang memanjat semua . haha xD . Kalau tak cantik tu diam-diam jelah . haha . ni je yang termampu kitorang buat . Yang paling best nya kan . Pagi-pagi aku dengan kakak sepupu aku pergi merempit ke ayamas sebab nak beli ayam . haha :)

sebenarnya gambar ni banyak lagi . Tapi entah mana perginya . haha xD . Tak pelah ni pun dah ok .hehe :D .
Gambar bilik pengantin belah lelaki takda ambil rasanya . Bilik dia pun kitorang yang buat . kitorang memerah otak untuk menyiapkan semuanya . haha xD

majlis persandingan di belah perempuan

ni waktu pengantin perempuan bertemu dengan pengantin lelaki . Aku kat belakang tu penat menunggu diorang jalan . Dah lah angkat hantaran yang berat pulak tu :'( . Diorang boleh lambat-lambat pulak . Sabar je lah .
ni dah berjalan sikit tapi berhenti dekat gerbang . Untuk bagi gula-gula dekat budak-budak . Lenguh tangan aku angkat hantaran yang berat . 


ni perjalanan nak masuk rumah . huhu . Tangan aku nak patah angkat hantaran . Akhirnya sampai jugak dalam rumah . hehe :D



ni kat atas pelamin . Biasa lah kene ada renjis-renjis bagai . haha . Yang nampak macam peluk-peluk tu sebenarnya . Pak Long tengah bagi nasihat dekat menantu dia :)



ni waktu makan beradab . Aku tak join makan kat sini . Malas . haha xD . Tapi last-last aku datang sini juga sebab aku nak kacau pengantin ni . haha xD . Sweet kan pasangan ni .


ni lepas habis majlis . So sambung fotoshot pula . Cameraman yang sama . Tapi waktu ni kau dah balik sebab dah petang sangat . Jadi kitorang balik dulu tinggal cameraman and the geng hehe.

ni majlis potong kek . Aku dah balik waktu ni . Lagipun diorang potong kek lambat sangat . hehehe xD . 
Lagipun kitorang kena prepare untuk majlis belah lelaki pulak :)

























majlis pernikahan abang sepupu aku

lelaki ni abang sepupu aku . Nama dia Reduan Ramli (nama FB dia lah) . Aku panggil dia Abang Wan je . Yang perempuan ni isteri dialah . haha :) Nama dia Atie Hayati (nama FB lah) . Aku panggil dia Kak Atie je :) . Ni gambar waktu dia akad nikah . So kat rumah perempuan lah . Rumah perempuan ni kat Felda Tasik Chini , Pahang . Nak masuk kedalam tu punyalah jauh . Aku macam merentasi padang jarak tak terukur . Boleh kematu punggung aku duduk lama-lama dalam kereta . xD



Alhamdulillah . Dengan satu lafaz sahaja Abang Wan dengan Kak Atie telah menjadi suami isteri yang sah . Walaupun agak laju Abang Wan lafazkan akad :)

  
ni waktu bagi mas kahwin . Haaa ! kalau nak tahu . Frame mas kahwin tu buat sendiri . Mana taknya , Abang Wan tu ada kedai sendiri . Dia boleh buat frame dengan cermin . 


ni waktu akur janji . So kene lah signature dokumen . haha xD . Dah macam kontrak pulak . hehe .




settle sudah semuanya . So sesi fotoshot lah pulak . Cameraman nye Abang Ijan (Abang kepada Abang Wan) . Haa ! ni dekat bilik pengantin . Cantikkan ! Dia buat sendiri rasanya :)

ni gambar dekat pelamin . Rasa rugi pulak bila diorang tak bergambar kat sini . Sebab baju ni memang untuk akad nikah je . Baju akad nikah ni beli siap je . Pastu  ditambah manik dan bunga untuk mencantikkannya . Yang menambah cantikkan baju ni adalah Siti Norasikin :) . Cantikkan :)